Blogger Widgets

Tuesday, 11 December 2012

Pelajar-pelajar cikgu, biasakan perkara yang tidak biasa ye!!

  • di kalangan[x] dalam kalangan[/]
  • Ini boleh menyebabkan[x] Hal ini boleh menyebabkan [/]
  • memperdulikan[x] mempedulikan[/]
  • Ini adalah kerana[x] Hal ini dikatakan demikian kerana[/]
  • vandelisme[x] vandalisme [/]
  • di dalam kesusahan[x] dalam kesusahan[/](di dalam: membawa konsep ruang) (dalam: membawa konsep abstrak)
  • Yang kedua ialah…[x] Langkah yang kedua ialah…[/]
  • Justeru itu, kita haruslah…[x] Selain itu, kita haruslah…[/] (justeru: bertugas sebagai kata hubung dan bukan penanda wacana)
  • menyanyangi[x] menyayangi [/]
  • Kebanyakkan[x] kebanyakan[/] (imbuhan ke…an + kata dasar banyak : kebanyakan)
  • Disamping itu,[x] Di samping itu,[/]
  • Antara langkah-langkah[x] Antara langkah[/]
  • ibubapa[x] ibu bapa[/]
  • menkurangkan[x] mengurangkan[/]
  • dari keluarga[x] daripada keluarga[/]
  • bergumpul[x] berkumpul[/]

No comments:

Post a Comment